"Sebenarnya lima bulan sebelum bercerai, saya minta dia ambil semula tugas seorang suami. Saya sengaja nak tengok, dia boleh kendalikan rumah tangga tak?
"Rupa-rupanya dia tak boleh. Sewa rumah tak bayar lima bulan dan dia pula m@ki h@mun tuan rumah. Tungg@kan itu bersama dengan bil air berjumlah RM2,000 pun dia tak bayar.
"Terkejut saya dibuatnya. Padahal saya minta dia bayar bil air. Semua mas@lah berpunca daripada dia. Saya memang bayar sewa rumah yang terkini macam biasa."
Itulah ujar bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Elliza Razak, 40, dimana dia tampil mendedahkan cerita sebenar disebalik dia memerlukan wang sebanyak RM8,300 seperti yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.
Jelas Elliza, wang itu adalah untuk bayaran tungg@kan sewa rumah yang diab@ikan bekas suaminya sebelum mereka bercerai pada Februari tahun lalu malah banyak lagi perkara dilakukan oleh bekas suaminya itu dan jumlah sepatutnya dituntut ialah RM20,000.
"Saya minta bantuan orang sebab saya nak selamatkan rumah sewa itu. Tapi saya bukannya minta duit orang. Saya minta orang sokong perniagaan pewangi saya.
"Ia keperluan untuk mencari wang untuk rumah yang didiami dengan dua anak. Kalau saya tak ada anak, saya okey. Saya boleh keluar tinggal dengan kakak. Tapi anak saya dengan sekolah pun kat sini semuanya.
"Saya kasihankan mereka. Walaupun masih kanak-kanak mereka pun terk£san dan selalu tanya macam mana keadaan sekarang," tuturnya yang turut memaklumkan, dia sering menerima ugvtan daripada orang-orang yang dit1pu oleh bekas suaminya.
"S£rius saya dah tak peduli dah dan buka cerita sebenar sebab dah lama sangat saya simpan. Saya cakap tak nak g@duh dengan dia tapi perlukan RM20,000. Jumlah itu dicampur kos tanggungan anak-anak.
"Saya baru saya minta dalam sebulan, dua bulan punya komitmen. Itu belum masuk 12 tahun punya komitmen lagi sepanjang kami hidup bersama. Saya tahu dia adalah orang yang takkan bayar. Dekat orang yang dia t1pu pun dia relaks saja," katanya.
Untuk makluman, Elliza berkahwin dengan Khairul Adzwan Nasir atau Joe pada 11 November 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Ellisya 11, dan Emmir, 9.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment