10 May 2025

"ALLAH TUTUP SEGALA A1B APABILA KUNJUNGAN SAYA UNTUK MEMOHON PERCERAIAN TIDAK DIHIDU SESIAPA" - MAS IDAYU DEDAH DIA TUNTUT FASAKH KE ATAS SUAMI



Suami kepada penyanyi Mas Idayu Mesnun, 51, iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 54, sebelum ini tampil mengakui g0sip perceraiannya dan Mas Idayu adalah benar dan mereka sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Kemudiannya, Mas Idayu menerusi temubual bersama Melodi TV3, memaklumkan, dia menuntut fasakh terhadap bekas suami dan ia dibuatnya sebelum program realiti, Famili Duo di TV3 bermula.

"Saya tuntut fasakh ke atas bekas suami dan tiada campur tangan pihak ketiga. Saya tidak pergi ke mahkamah (syariah) ketika itu secara sembunyi-sembunyi. Tapi, Allah menutup segala a1b apabila kunjungan saya untuk memohon perceraian tidak dihidu sesiapa.

"Saya juga tidak sorok perceraian ini kerana kehadiran di mahkamah untuk tuntutan fasakh itu ditemani wali serta kakak saya. Malah, saya dan bekas suami langsung tidak berg@duh.

"Kami boleh ketawa ketika pergi ke mahkamah untuk bercerai. Tapi mungkinlah Allah bantu tutup a1b kami dan apa yang boleh dikatakan lagi, saya memang sangat layak memohon perceraian ini," ujar Mas Idayu.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, dia juga sedar bahawa tindakan seorang isteri kalau minta cerai tanpa sebab, tidak akan dapat cium bau syurga dan pada masa sama, ibu tunggal seorang anak ini enggan menyal@hkan sesiapa terhadap apa yang berlaku.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Cinta 100%' itu berkata, apa yang penting, memang dia yang t£kad menuntut perpisahan itu dan dia juga tidak dapat menolak kenyataan bahawa Muhammad Sufian pernah menjadi suaminya.

Pada 5 Mei lalu, Muhammad Sufian membuat pengakuan mengenai perceraian mereka dimana dia menganggap hubungan jodoh antara dia dan Mas Idayu tidak panjang dan hanya sampai di situ saja.

"Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan perceraian itu pun berlaku dalam keadaan baik. Kami juga sehingga kini masih lagi bersahabat baik walaupun sudah berpisah," tuturnya.
Terdahulu, Muhammad Sufian dan Mas Idayu selamat mendirikan rumah tangga pada September 2022 dan perkahwinan itu adalah yang kedua bagi mereka selepas terkand@s dalam perkahwinan pertama dulu.

Difahamkan, Muhammad Sufian dan Mas Idayu sudah mengenali sejak program realiti, Mentor 3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang membawa pada keputusan untuk bernikah.

Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006 dan dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 28.

Muhammad Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya dan turut berakhir dengan perceraian. Mereka difahamkan memiliki seorang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: