13 May 2025

ANAK SULUNG AKHIL HAYY SELAMAT BERGELAR ISTERI



"Tahniah! Selamat disatukan Maisarah dan Zulhilmi. Alhamdulillah tahniah juga buat sahabatku Ustaz Akhil Hayy terima menantu."

Itulah tulis penyanyi, pelakon dan pengarah, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 44, mengenai sahabatnya, penceramah bebas, Akhil Hayy, 56, dimana beliau selamat menerima menantu, baru-baru ini.

Difahamkan, anak sulung Akhil iaitu Siti Nur Maisarah telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Zulhilmi.

Khabar gembira itu dikongsikan Mawi menerusi hantaran di media sosial miliknya, namun tidak berkongsi lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut yang dipercayai berlangsung di sebuah masjid.

Dalam perkongsian itu, anak perempuan Akhil dilihat berseri mengenakan busana berona putih sedondon dengan suaminya.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Akhil pernah berkahwin dengan Maizawati dan dikurniakan empat orang cahaya mata bersama, namun bercerai pada 15 Julai 2009.

Selepas bercerai, Akhil menjaga dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Manakala dua lagi anak iaitu Mohd Shakir Idayatullah dan Mohd Syathiri Idayatullah di bawah jagaan bekas isterinya.

Akhil kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 47, pada 2009.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: