"Jangan disebabkan tak suka seseorang jadi berat sebelah, korang cipta sesuatu yang terang-terangan tiada. Korang kata saya cakap Fazura perempuan g1la.
"Yang g1la itu itu saya! Saya yang g1la diperakui. Saya bagi soalan contoh situasi umum seorang lelaki dan tak faham dan cakap saya ini h1na perempuan... h1na orang sudah bercerai."
Demikian ujar pelakon Janna Nick selepas dia dikec@m netizen baru-baru ini gara-gara menyebut perkataan 'perempuan g1la' ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu p0dcast.
Rata-rata netizen mendakwa perkataan 'perempuan g1la' itu merujuk kepada bekas isteri Fattah iaitu pelakon dan usahawan, Nur Fazura, sekali gus menyifatkan Janna tidak menghormati kaum wanita.
Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 30, tampil menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu perkongsian di media sosial, dimana katanya, netizen salah faham mengenai soalan berkenaan.
Tambahnya, soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri mereka serta mengakui bahawa dirinya yang g1la.
Klik untuk gambar besar
Malah, kata Janna lagi, dia juga sangat memahami situasi sebegitu, memandang ibu bapanya juga sudah berpisah.
"Ibu saya juga wanita yang diceraikan. Saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Saya tidak akan mengh1na seorang wanita dan ibu.
"Saya rasa ada sesetengah lelaki atau ayah lepas tangan bila sudah berpisah, jadi saya nak tahu mereka ini rasa bebas ke bila bercerai? Bebas daripada tanggungjawab.
"Bebas daripada anak bini yang meny£rabutkan 0tak mereka atau bebas daripada anak bini yang memb£bankan mereka selama perkahwinan?
"Saya nak tahu macam itu ke mereka rasa sebab itu saya guna terma 'perempuan g1la'. Saya nak tahu perspektif lelaki yang r1mas dengan bekas isteri.
"Maksudnya lelaki rasa perempuan ini g1la ke bila mereka sudah berpisah," katanya yang menyedari soalan yang diajukan agak kas@r, dan disebabkan itu, dia merendah diri memohon maaf atas ket£rlanjuran tersebut.
Namun tuturnya, dia hanya menjalankan tugas sebagai pengacara di program Melodi Extra yang mengetengahkan isu-isu pan@s selebriti.
"Saya tahu soalan saya mungkin agak 'direct' dan tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Saya pun tahu soalan saya mungkin s£nsitif bagi pihak Fattah tapi itulah tanggungjawab dan tugas saya.
"Ada banyak soalan baik yang saya tanya tapi ramai tak 'highlight'. Apa-apa pun saya minta maaf seandainya cara saya ajukan soalan itu ada buat mana-mana pihak tergur1s hati jadi saya minta maaf," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment