13 May 2025

TAK SANGKA ANAK SULUNG MINAT P0LITIK - ISTERI ALIFF SYUKRI TAK HALANG, SEBALIKNYA MENYOKONG PENUH



"Ammar sayang anak bangsa, memang cita-cita dia nak jadi ahli p0litik. Dia pernah kata selepas habis sekolah dia akan daftar menjadi ahli Umno.

"Dia ada hala tuju dan pandangan yang jelas. Setiap anak lain-lain perangai. Tapi tak tahulah kenapa dia pilih Umno, tak faham.

"Saya dan suami dua-dua tak minat p0litik tapi tak tahu kenapa anak terj£bak. Sampai kadang terfikir aku bersalin dekat hospital tertukar anak ke? Lain sangat perwatakan.

Klik untuk gambar besar

"Saya tak pernah ajar anak saya. Kita memang berbeza pendapat tapi tak pernah cerita hal p0litik di rumah.

Jika itu pilihan dia okaylah. Dia sudah lebih besar dan bijak. Sebagai emak saya sokong sahaja."

Itulah kata isteri kepada usahawan k0smetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, 40, dimana anak sulungnya, Ammar Ahyan, 17, bercita-cita mahu menjadi seorang ahli p0litik.
Ujar Shahida, Ammar berbeza karakter dengan adik-beradik lain, kerana dia seorang anak yang patri0tik, selain mempunyai hala tuju dan perancangan masa depan termasuklah memasang impian menyertai parti p0litik.

Tidak menyangka minat anaknya ke arah itu, Shahida berkata, dia dan suami jarang berkongsi pendapat mengenai hal p0litik negara, namun sebagai ibu, dia tidak menghalang, sebaliknya menyokong penuh minat Ammar.

Untuk makluman, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: