Pelakon popular Indonesia, Luna Maya, 42, telah mencur1 perhatian ramai apabila tampil dengan gaun resepsi dimana ia ternyata membawa makna yang cukup besar dan mendalam.
Ini kerana gaun berwarna biru berkenaan direka dengan sebuah lukisan wajah lelaki berusia yang difahamkan, Luna dedikasikan buat bapa tercintanya iaitu Uut Bambang Sugeng yang meninggal dunia pada 28 November 1995 ketika pelakon itu masih berusia 12 tahun.
Mendapat sentuhan pereka Yefta Gunawan serta penata fesyen Astecat dan Bimo Permadi, Luna dikhabarkan ingin mengabadikan kenangan indah itu dengan memperingati bapanya, selain simbolik gaun terbabit tidak lain untuk merasai kehadiran bapanya pada majlis cukup bahagianya itu.
Klik untuk gambar besar
Dahulunya, Uut Sugeng aktif menghasilkan batik bersama isterinya, Desa Maya Waltraud Maiyer, sebelum beliau meninggal dunia dan pemergian insan tersayang di usia muda itu meninggalkan k£san yang mendalam pada Luna.
Pada 7 Mei lalu, Luna selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Maxime Bouttier, 32, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Bali, Indonesia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment