21 May 2025

BAKAL TAMPIL DALAM TEATER SENARIOUNION - SENARIO TERUJA YASSIN TURUT TERBABIT



Pada 28 Jun ini, kumpulan pelawak legenda negara iaitu Senario bakal tampil dalam pementasan teater Muzikal Lawak Bangsawan: Mimpi Tuanku @ Senariounion yang berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka (PBM), Melaka.
Berhubung itu, Senario menjelaskan, pelawak Yassin Yahya turut bakal ditampilkan semula selepas terpalit kontr0versi susulan ditah@n di Arab Saudi sebelum ini.

Ahli Senario yang lain termasuk Azlee, Wahid, Mazlan atau Lan Pet Pet dan Saiful Apek juga mengakui amat teruja dapat bersama Yassin pada pementasan anjuran PBM dengan kerjasama rakan strategik Boolan Trending dan produksi Persatuan Teater Negeri Melaka (Pertem) itu.

Sementara itu, pengarah Lokman Ghani berkata, biarpun latihan singkat, namun pengalaman luas Senario tidak perlu dibimb@ngi dan memaklumkan, mereka akan menjalani latihan penuh selama dua hari latihan iaitu pada 26 dan 27 Jun sebelum pementasan pada hari berikutnya.

"Dalam sejarah pembabitan saya dalam teater belum pernah saya menghasilkannya sesingkat dua hari, namun saya tidak bimb@ng dengan prestasi mereka kerana selepas berada di atas pentas sudah pasti panggung akan gegak gempita.

"Saya yakin dengan rekod kegemilangan serta kekuatan Senario mampu menggamatkan dan mem£cah panggung menerusi aksi dan komedi muzikal yang dipersembahkan," katanya.

Kongsi Lokman lagi, pementasan Muzikal Lawak Bangsawan itu adalah gabungan antara elemen komedi moden dan keindahan teater bangsawan tradisional dengan penampilan istimewa barisan artis legenda kumpulan Senario.

"Lebih menarik ikon bangsawan dan seni persembahan negara, Datuk Jalaluddin Hassan bakal membawa watak penting yang menyuntik keanggunan dan kredibiliti pada naskhah terbabit," ujarnya yang turut menyediakan skrip kepada Yassin dalam watak teater berkenaan.

Disamping itu, Khaidhirah turut berkata, penganjuran muzikal terbabit bertujuan merapatkan jurang antara generasi lama dan baru dalam menghargai nilai budaya, selain ia juga mengangkat seni teater bangsawan ke arus perdana.

Jelasnya lagi, gabungan elemen tradisi dan moden melalui pelawak tersohor serta penyampaian muzik dan lakonan yang memukau diyakini dapat meletakkan karya itu sebagai satu fenomena baharu dalam arena seni persembahan negara.

"Pementasan ini juga bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Melaka 2025 selain menyampaikan hiburan secara interaktif dan informatif menerusi unsur informatif sejarah, budaya dan nilai-nilai Melayu," tuturnya.

Dalam pada itu, anggota Senario, Azlee pula mengulas, dia amat teruja dengan persembahan teater bangsawan membabitkan kumpulan berkenaan buat pertama kalinya itu.

Baginya, selepas pelbagai filem, drama, sitkom dan pelbagai genre hiburan dipersembahkan, pastinya dia melihat usaha berkenaan satu penghormatan kepada kumpulan Senario yang sudah lebih 30 tahun bertapak di negara ini.

"Kehadiran Yassin pada malam persembahan itu nanti sudah pasti khabar gembira buat kami dan juga peminat kerana sudah sekian lama tidak bersama mengadakan persembahan," tuturnya.

Tiket untuk menyaksikan pementasan Muzikal Lawak Bangsawan: Mimpi Tuanku @ Senariounion sudah mula dijual kepada orang ramai di laman sesawang ticket2u.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: