21 May 2025

IFA RAZIAH TERKILAN ARWAH IBU BAPANYA TIDAK SEMPAT LIHAT DIRINYA BERJAYA DALAM INDUSTRI HIBURAN : "KALAU MEREKA MASIH HIDUP LAGI, DAPATLAH MAKAN HASIL YANG SAYA USAHAKAN SELAMA INI"



Penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah, 49, menerusi satu rakaman program audio siar Alkisah Productions baru-baru ini, telah meluahkan perasaan terkil@n apabila arwah ibu bapanya tidak sempat melihat dirinya berjaya dalam industri hiburan.
Kongsi Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, seorang Penerbit Eksekutif sebuah syarikat rakaman menawarkan dirinya menjadi artis mereka dan dia sempat meminta restu bapanya sebelum menerima tawaran itu.

"Nak dikatakan rezeki, walaupun saya kerja sebagai penyanyi tak sampai sebulan. Gaji pertama pun belum dapat, terus dapat tawaran untuk jadi artis rakaman, Alhamdulillah.

"Saya tanya abah, boleh tak jadi penyanyi, ada dapat tawaran jadi artis rakaman?' kata Ifa yang turut memberitahu, bapanya sangat menyokong dia menjadi artis rakaman kerana mengetahuinya gemar menyanyi, walaupun ketika itu ibunya tidak suka, namun membenarkannya menjadi penyanyi kerana sudah berusia 21 tahun.

"Ibu tak nak meng0ngkong anak kalau usia dah lebih 21 tahun, tetapi bapa memang restu perjalanan saya nak jadi seorang penyanyi sebab tahu itu minat saya sejak kecil.

"Saya rakam satu album (tahun 1996), tetapi sebelum sempat album keluar di tahun yang sama, bapa saya meninggal. Saya sedih, namun ingat nasihat arwah dan kuatkan diri demi untuk jadi penyanyi. Tanpa bapa, saya tak jadi penyanyi," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Miss Diva' ini turut menyimpan hasrat untuk menunjukkan cakera padat (CD) dan pita kaset album pertamanya kepada bapanya, namun tidak kesampaian.

"Abah, inilah album pertama saya. Saya nak tunjuk dan dia dengar sebab dia orang pertama yang layak dengar nyanyian saya daripada CD dan kaset.

"Tak sempat, saya tengah dalam rakaman pada masa itu. Saya dapat tahu bapa s@kit, saya jaga dan bawa dia ke hospital. Namun, bapa meninggal selepas hari ke lapan Ramadan.

"Bapa pergi dahulu, manakala ibu pula menyusuli selepas itu. Mereka tak sempat nak merasai kejayaan dan rezeki yang Allah bagi pada saya sekarang. Ibu sempat lihat saya jadi penyanyi tetapi tak sempat lihat anugerah yang saya dapat.

"Saya reda. Kalau mereka masih hidup lagi sampai hari ini, dapatlah makan hasil yang saya usahakan selama ini. Saya boleh bawa mereka pergi mana-mana, pergi umrah atau haji. Itu impian saya sebagai seorang anak, namun tak kesampaian," tuturnya yang mempunyai dua cahaya mata itu.

Disamping itu, pemenang Artis Versatil Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016, berkata, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah ibu bapanya dan mengerjakan ibadah umrah untuk kedua-duanya.

Untuk info, Ifa yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Event Sdn Bhd ini mula aktif sebagai artis sejak tahun 1992 dan cukup popular dengan genre lagu dangdut serta pop.

Selain menyanyi, Ifa yang sudah merakamkan beberapa album studio dan album k0mpilasi itu turut terbabit dalam lakonan serta membintangi pelbagai drama juga telefilem.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: