29 May 2025

BANGKIT LEPAS CERAI - IRA KAZAR AKUI BUKAN MUDAH : "SAYA KENA PAKSA DIRI UNTUK KELUAR KEPOMPONG NEG4TIF... APA YANG SAYA LALUI BANYAK BERI PENGAJARAN"



"Nak memandang ke depan dan 'move on' bukan mudah. Saya ambil masa untuk membina kembali keyakinan diri. Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Kalau memilih untuk bersedih atau kemurvngan lama-lama, kita akan sentiasa berada di situ."
Itulah kata anak kepada penyanyi dan pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar, 30, dimana dia mengakui bukan mudah mahu bangkit selepas melalui fasa perceraian dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Ira bagaimanapun berkata, dia memilih enggan bersedih atau mengalami kemurvngan terlalu lama, sebaliknya dia sendiri perlu mengambil inisiatif untuk keluar kerana hanya dirinya mampu mengubahnya.

Dalam pada itu, jelas Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, apa yang dilalui juga banyak memberi pengajaran.

"Tiada siapa yang boleh tolong saya melainkan diri sendiri. Jadi, saya kena paksa diri untuk keluar dari kepompong neg@tif. Namun, orang sekeliling memainkan peranan, mereka banyak bagi kata-kata semangat dan doa yang baik.

"Cuma, apa yang saya lalui banyak memberikan pengajaran. Apa yang saya tak boleh buat dahulu sekarang sudah boleh lakukannya. Nampaklah macam-macam cabang saya boleh pergi," ujarnya.

Untuk makluman, Ira mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand, sebelum disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5 September lalu.

Pada hari sama, mahkamah mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: