"Mungkin keakraban kami yang buatkan orang keliru atau sal@h faham. Dia memang betul-betul 'soulmate' saya. Kami memang tak boleh bersama tapi kami faham sesama sendiri.
"Situasi kami adalah, kami pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini."
Demikian jelas pelakon Nora Danish, dimana dia menafikan sp£kulasi yang mendakwa dirinya bakal rujuk dengan bekas suami, Nedim Nazri.
Kata Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, keakraban mereka hanya sebagai bekas suami isteri yang masih menjalin hubungan baik.
Jelasnya lagi, ketika ini, tiada langsung perancangan untuk kembali bersama, sebaliknya hubungan mereka kekal dalam keadaan yang harmoni.
Dalam pada itu, Nora turut mengulas mengenai jodoh, dimana dia tidak menolak kemungkinan akan berkahwin semula, namun men£gaskan bahawa dirinya belum bersedia buat masa ini.
"Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.
"Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin.
"Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja. Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi," ujarnya.
Untuk makluman, Nora dan Nedim atau Nedim Mohamad Nazri, 42, bercerai pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment