10 May 2025

BERJAYA KUTIP RM70 JUTA - SHARNAAZ ANGGAP 'BL00D BROTHERS' HASIL KERJA KERAS BERPASUKAN



Dalam tempoh 25 hari tayangan di pawagam seluruh tanah air, filem 'Bl00d Brothers : Bara Naga' arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra telah menerima sambutan luar biasa apabila berjaya mendapat kutipan mencecah RM70 juta tontotan.
Berhubung kutipan itu, pelakon utama filem tersebut iaitu Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang terus memberi sokongan pada filem itu di pawagam.

"Alhamdulillah, kita pun tak jangka dari awal kutipan filem ini akan mencecah RM70 juta. Tapi kita berterima kasih kepada semua peminat yang beli tiket dan berusaha untuk datang berjumpa kami di 'road tour' (siri jelajah) filem ini.

"Peminatlah yang beri semangat untuk kita pusing satu Malaysia bagi jayakan sesi 'road tour' ini," kata Sharnaaz yang turut mengulas mengenai kejayaan luar biasa filem 'Bl00d Brothers : Bara Naga' dimana ujarnya, satu sahaja formulanya iaitu buat sesuatu karya itu dengan bersungguh-sungguh.

"Bukan setakat pengarah dan barisan pelakon sahaja tapi ia membabitkan semua 'department' (bahagian) termasuk dari segi proses suntingan, sistem bunyi, kejuruteraan dan solekan kena ada kesempurnaan.

"Bila semua bahagian hasilkan sesuatu material yang sempurna, kena ada orang yang pentingkan kesempurnaan. Malah bikin filem supaya dia sendiri puas hati dengan karya dihasilkan dan bukan setakat nak tayang di pawagam sahaja," tuturnya.

Disamping itu, Sharnaaz juga yakin mereka akan dapat mencapai sas@ran RM100 juta untuk filem 'Bl00d Brothers : Bara Naga' pula, dengan berkat doa dari semua rakyat Malaysia.

Mengulas sas@ran RM100 juta untuk filem itu pula, kata Sharnaaz, dia yakin mereka akan dapat mencapainya dengan berkat doa dari semua rakyat Malaysia.

"Insya-Allah, saya yakin untuk filem ini mencapai sasaran 100 juta kerana filem 'Bl00d Brothers : Bara Naga' juga akan ditayangkan di pasaran luar negara, contohnya di Thailand dan Indonesia.

"Saya difahamkan ia juga dipasarkan ke Hong Kong dan India juga selepas ini. Bagaimanapun, tayangan filem ini akan dikurangkan pada minggu keenam tayangan (minggu depan) kerana kita beri ruang pada banyak filem lain seperti 'Gayong' pula untuk ditayangkan di pawagam," katanya.

Sementara itu, ditanya imp@k kejayaan filem itu pada karier lakonannya pula, Sharnaaz memberitahu, ia bukan sahaja beri imp@k p0sitif padanya, malah kepada semua barisan pelakon filem itu.

"Saya anggap ia batu loncatan untuk perbaiki lagi prestasi untuk mencapai lakonan bertaraf antarabangsa pada masa depan. Saya bukannya bagus tapi sebab saya tidak mahu berhenti belajar untuk menjadi lebih bagus lagi," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: