26 May 2025

"BERKAHWIN & BERCERAI ITU ADALAH PERKARA BIASA KETIKA INI" - MAS IDAYU AKUI HIDUP KINI LEBIH TENANG & BAHAGIA BERSAMA ANAK, TAK TOLAK KALAU ADA JODOH LAGI



"Zaman sekarang sudah moden di mana berkahwin dan bercerai itu adalah perkara biasa ketika ini. Maksudnya di sini perceraian yang berlaku itu ada sebab yang kukuh dan bukan untuk suka-suka seperti yang saya lalui ini.
"Ia berbeza dengan situasi perkahwinan anak muda zaman sekarang yang hanya mampu bertahan dua atau tiga bulan dan selepas itu, bercerai."

Itulah ujar penyanyi senior, Mas Idayu, 53, dimana dia percaya masyarakat sekarang sudah bijak menilai berbanding dulu ketika ditanya sama ada dia berasa risau dengan kec@man dil£mparkan netizen selepas dua kali memegang status janda.

Dalam pada itu, Mas Idayu atau nama penuhnya, Mas Idayu Mesnun yang juga juri program realiti TV, mengakui, dia tidak s£rik untuk berkahwin lagi selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Sufian Che Isa, 54, baru-baru ini.

"Kalau ada jodoh, adalah kerana Allah SWT tidak suka orang yang berputus asa. Saya reda dengan perceraian yang berlaku kerana ia ujian dalam hidup dan ketentuan dari Allah SWT.

"Tapi saya tidak menolak apa saja benda (jodoh) yang baik datang dari Allah SWT selepas ini, saya akan terima.

"Jika ditakdirkan tiada jodoh lagi pun, saya okay sahaja kerana hidup saya sekarang pun lebih tenang dan bahagia bersama anak," katanya yang tidak menolak seandainya bertemu jodoh buat kali ketiga selepas ini.

Terdahulu, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3, mengesahkan, dia sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.

Perkahwinan mereka yang dibina pada September 2022 itu hanya mampu bertahan selama dua tahun.

Untuk makluman, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya, namun bercerai dan mempunyai seorang anak.

Mas Idayu juga pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun, mereka bercerai pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, Mas Idayu dan Aman dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 27 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: