28 May 2025

BILA LEONA SUKA LELAKI SEPANYOL PULA : "SAYA BERHENTI BELAJAR MANDARIN KERANA LELAKI SEPANYOL TEPATI CITA RASA SAYA YANG BARU"



"Saya s£rius! Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin kerana lelaki Sepanyol menepati cita rasa saya yang baru! Saya akan belajar bahasa Sepanyol."

Demikian kata pemp£ngaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, dimana dia secara terbuka berkongsi dirinya kini beralih minat menyukai lelaki berbangsa Sepanyol pula.

Jelas Leona yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, perasaan tersebut timbul selepas dia baru-baru ini menikmati percutian solonya di Málaga, Sepanyol.

Video yang dikongsikan itu memaparkan Leona sedang berjalan-jalan di sekitar Málaga dan didengari pemp£ngaruh media sosial ini menyebut Ola (hai) sebagai permulaan dirinya belajar bahasa Sepanyol.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Leona memberitahu, dia akan segera belajar bahasa Sepanyol untuk memudahkannya berkomunikasi sekiranya bertemu jejaka idaman.

Perkongsian Leona itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat gadis berusia 23 tahun ini.

Malah mereka juga secara berselor0h mendakwa jejaka idaman Leona lebih berusia berbanding dirinya, memandangkan sebelum ini dia pernah mendedahkan menyukai lelaki dengan ciri-ciri begitu.
Leona bagaimanapun menjelaskan, dia tidak bercakap mengenai sesiapa secara terperinci.

"Adakah dia lebih tua sedekad?"

"Memang saya boleh relate. Saya selalu berhenti di peringkat asas bila benda tu dah tak kena dengan jiwa saya."

"Dia terlihat sangat s£rius dengan kenyataan itu," itulah antara komen-komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: