28 May 2025

LEPAS JAWATAN 'PRESIDEN JOMBLO' (KETUA BUJANG) - LUNA MAYA SERAH KEPADA RALINE SHAH



"All rise for the new captain 🏆 Raline Shah 👑 untuk para single squad! Serah terima jabatan ceritanya! 😂💗 Saya serahkan jawatan Presiden Jomblo (Ketua Bujang) kepada Raline."

Itulah kata pelakon dan model terkenal Indonesia, Luna Maya, 42, dimana dia menunjukkan kebahagiaannya yang sudah bergelar isteri dan secara berselor0h menyerahkan 'Presiden Jomblo' atau ketua bujang kepada rakan artis iaitu pelakon Raline Shah, 40.

Luna kini bukan lagi penyandang gelaran ketua bujang seperti yang pernah diberikan kepadanya selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Maxime Bouttier, 32, dalam satu acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 7 Mei lalu.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Raline yang bertemu dengan Luna dalam satu acara, berkata, dia dengan hati terbuka menerima 'mandat' baharu yang diberikan kepadanya.

Menurutnya lagi, dia masih lagi belum bertemu jodoh sehingga hari ini adalah atas pilihan sendiri.

"Saya terima jawatan ketua bujang seluruh Republik Indonesia dengan senang hati. Bujang kerana pilihan," tutur Raline yang merupakan pelakon 'Surga Yang Tak Dirindukan 2' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: