28 May 2025

TAMPIL ALLAHYARHAM BENJY DI PENGHUJUNG CERITA - EPISOD AKHIR 'SERIBU TAHUN' UNDANG AIR MATA



Drama bersiri 'Seribu Tahun' arahan Shahrulezad Mohammedin yang tamat siarannya baru-baru ini telah mengundang air mata di kalangan penonton apabila Shahrulezad meletakkan gambar pelakon Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, pada penutup drama ini.
Untuk info, Benjy adalah pelakon drama bersiri 'Kerana Cintaku Saerah' arahan Shahrulezad terbitan Radius One Sdn Bhd, yang bergandingan dengan Umie Aida dan Azma Aizal Yusoof, dimana ia disiarkan menerusi Slot Samarinda TV3 pada September 2007 dan menjadi drama popular ketika itu.

Shahrulezad melakukan 'comeback' drama 'Kerana Cintaku Saerah', namun mengambil tajuk lagu tema drama terbabit berjudul 'Seribu Tahun' nyanyian Imran Ajmain sebagai judul sambungan ini.

Drama 'Seribu Tahun' yang menampilkan lakonan hebat Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah dan Ieda Moin itu mendapat sambutan baik daripada penonton yang menanti tayangannya sehinggalah tiba episod penamat.

Biarpun sudah tiada, Benjy yang meninggal dunia di Medan akib@t peny@kit asma pada 11 Julai 2021, kekal diingati kerana sering menampilkan lakonan yang mantap dan berkesan dalam drama yang dibintanginya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: