"Saya buat ini kerana Allah, ustaz. Ini bayaran yang saya terima untuk malam ini, saya sedekahkan kepada persatuan ustaz, Fisabilillah TRG (Terengganu). Saya nak minta tolong ustaz untuk bantu orang-orang yang susah dan memerlukan."
Itulah kata pelawak dan pelakon, Zizan Razak yang baru-baru ini menjadi tetamu forum 'Dialog Anak Muda' di festival 'Makar Fest 2.0' yang bertempat di Kuala Terengganu.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Zizan mendapat perhatian ramai apabila dia menyerahkan semua bayaran yang diterimanya sebagai tetamu acara itu ke persatuan kebajikan, Fisabilillah Terengganu.
Difahamkan, Zizan berbuat demikian secara terbuka dihadapan hadirin yang hadir selepas bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukvm melakukan kebaikan secara terbuka di hadapan orang ramai.
Berhubung pertanyaan Zizan itu, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan, ada dua hukvm melakukan kebaikan secara terbuka di hadapan orang ramai.
"Pertama, jika berniat supaya orang puji kita maka hukumnya haram sebab itu dinamakan sebagai ri@k.
"Yang kedua, berniat supaya orang yang tengok bersemangat untuk bersedekah maka hukvmnya adalah harus. Setiap amalan itu bergantung kepada niat orang yang melakukan sesuatu perkara," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment