11 May 2025

TERIMA ANUGERAH IKON IBU MUDA - BELLA ASTILLAH AKUI PADA MULANYA TAK PERCAYA, ANGGAP REZEKINYA & ANAK-ANAK



"Pada awalnya, saya macam tidak percaya jadi saya tanya pada pengurusan, mereka mengatakan memang betul saya diberi anugerah (Ikon Ibu Muda). Saya cukup gembira dan ia perasaan yang tidak dapat digambarkan.

"Sudah tentu saya rasa lebih ramai yang layak (menerima anugerah itu) tapi mungkin ini rezeki saya dan juga anak-anak. Saya betul-betul 'speechles' (kehilangan kata-kata) dan mengharapkan semoga saya menjadi ibu yang baik selepas ini."

Demikian ujar pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dimana dia pada mulanya tidak percaya apabila menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025.

Dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini, Bella menerima anugerah berbentuk sijil, selempang dan sejambak bunga itu disampaikan isteri kepada Yang di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin.

Klik untuk gambar besar

Turut berada di majlis tersebut, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Sementara itu, Bella berkata, dia banyak kekurangan dan semangat yang diperoleh sehingga ke saat ini untuk terus bangkit adalah daripada kedua-dua anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

"Saya percaya saya pun pasti banyak kekurangan dan tidak sempurna sebagai seorang ibu, tapi dengan adanya penghargaan seperti ini, sudah tentu saya mahu buat yang terbaik untuk menjadi ibu terbaik. Semangat yang saya dapat untuk meneruskan kehidupan sebenarnya daripada anak-anak saya juga," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: