"Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami, saya gembira akhirnya dapat berkongsi dengan anda semua. Ya! Amanda (anak sulung) akan menjadi seorang kakak tak lama lagi."
Itulah tulis isteri kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham iaitu Tasha Awie atau Nur Natasha Awi menerusi hantaran di media sosial, dimana dia berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Dalam perkongsian itu, Tasha memuat naik foto kit ujian kehamilannya bersama sebiji kek bagi meraikan berita gembira tersebut, selain berkata, dia dan suaminya teruja dapat berkongsi khabar itu selepas sekian lama merahsiakannya.
Klik untuk gambar besar
Manakala anak sulung mereka iaitu Nayla Amanda, 3, turut dilihat memegang foto imbasan yang memaparkan kandungan ibunya.
Pun begitu, pasangan ini yang mendirikan rumah tangga bersama pada 20 Oktober 2021, tidak berkongsi lebih lanjut usia kandungan tersebut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment