11 May 2025

"SELAMAT HARI MAMA... HAMPIR TIGA BULAN TAK KUAT NAK TENGOK GAMBAR-GAMBAR MAMA" - EMELDA



Pelakon Emelda Rosmila, 44, menerusi perkongsian di media sosial telah memuat naik hantaran mengenai Allahyarham ibunya, Rokiah Ibrahim sempena Hari Ibu, dimana dia meluahkan rasa kerinduan dan kenangan.



Dalam perkongsian itu, Emelda yang merupakan isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli ini mengucapkan Selamat Hari Ibu, selain menyertakan dengan kata-kata yang menyentuh perasaan.

"Selamat Hari Mama 🤍 'Almost' tiga bulan tak kuat nak tengok gambar-gambar Mama. Hari ini hari Mama. Mesti pagi-pagi dah call wish mama. Tanya mama nak hadiah apa? Nak pegi mana? Nak makan apa?

"Selalu cakap, tak nak apa-apa, Dah-dah selalu beli mama macam-macam. Tak pernah minta duit Mel atau minta apa-apa, melainkan dia suka sangat. Itu pun bila minta, ayat dia berlapik-lapik," tulisnya.



Emel menganggap ibunya seorang yang istimewa dan mulutnya tidak pernah lekang mendoakan anak-anak.

"Sangat-sangat supportive. Peminat nombor satu Mel. Suka tengok Mel berlakon. Selalu suruh hantar gamba-gambar Mel bila dah mekap-mekap kat set. Selalu cakap cantiknya anak mama 😭

"My heart is broken into pieces. The heartache is unbearable (Hati saya h@ncur berkeping-keping. Kes@kitan ini tidak tertanggung) Hari-hari langkah terasa berat. Hati rasa kosong. Selama-lamanya akan ada kekosongan yang tiada siapa boleh isi.



"Kehilangan ibu, kehilangan yang sangat berat. Luluh segala jiwa raga. Hilang segala nikmat doa keramat seorang ibu," katanya dimana setiap hari dia memohon kepada Allah SWT supaya menerima dan menyampaikan doa-doanya buat kedua orang tuanya.

"Rindu yang tiada penghujung. Happy Mother's Day Mama. There's never a day that goes by without me thinking about you 🩷 Always in my heart, Always in my prayers (Tiada satu hari pun berlalu tanpa aku memikirkan tentangmu. Sentiasa dalam hatiku, sentiasa dalam doaku).

"Al-Fatihah. Rokiah Bte Ibrahim 🩷," tutur Emelda yang kehilangan ibunya, Allahyarham Rokiah Ibrahim pada 23 Februari lalu, jam 5.30 petang di Hospital Putrajaya.

Rokiah yang meninggal dunia ketika usia 78 tahun akib@t jangk1tan kum@n dalam paru-paru di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: