11 May 2025

MISI BERBASIKAL KEMBARA KE MAKKAH KINI SUDAH BERADA DI IRAN - AMAR BAHARIN & QOBIN AKUI ADA MAS4LAH KECIL, NAMUN BERJAYA DIKAWAL



"Masih di Iran. Ada beberapa mas@lah kecil... Alhamdulillah berjaya dikawal. Esok akan mula kayuh dari Sirjan menuju Bandar Abbas.
"Dijangka lebih kurang 300 kilometer (km) kayuhan. Doakan perjalanan kami Allah permudahkan (data dan roaming sangat menghampakan di sini.

Demikian tulis pelakon Amar Baharin, 40, menerusi media sosial, kira-kira 18 jam lalu, dimana misi berbasikal Kembara ke Makkah bersama Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin kini sudah berada di Iran.

Sementara itu, Qobin menerusi video yang disertakan turut menjelaskan mereka berada di Kerman dan sedang menanti teksi untuk ke destinasi seterusnya.

"Kami dah sampai di Kerman. Baru keluar daripada airport. Hampir tiga jam menulis satu muka surat sahaja. Soalan hanya satu muka surat," katanya.

Difahamkan, mereka juga tersadai di lapangan terbang menunggu teksi dan tidak pasti sama ada teksi ada atau tidak untuk ke Sirjah.

Terdahulu, mereka terpaksa menukar laluan perjalanan asal bagi misi berbasikal Kembara ke Makkah yang bermula 27 April lalu, susulan k0nflik di sempadan India dan Pakistan ketika ini.

Penukaran laluan perjalanan itu dilakukan atas faktor keselamatan dan Amar menyifatkan semua yang berlaku adalah aturan Allah SWT.

"Kami dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bahawa keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui untuk misi ini. Jadi, kami terpaksa 're-route' (menukar laluan) atas faktor keselamatan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: