"Selamat hari ibu buat dua wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan enam permata hidup saya. Kepada isteri dan mantan isteriku, ibu-ibu kepada anak-anakku, saya menghargai setiap peng0rbanan, kasih sayang dan doa kalian yang tidak pernah putus untuk anak-anak kita."
Itulah tulis pelakon Norman Hakim yang memberi ucapan bersempena Hari Ibu buat isteri iaitu Memey Suhaiza dan bekas isterinya, Abby Abadi dan perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen di media sosial.
Kata Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 49, dia sangat menghargai jasa kedua-dua wanita itu, lebih-lebih lagi sanggup bert@rung nyawa melahirkan enam zuriatnya.
Norman yang membuat ucapan itu menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada pagi Ahad, dalam masa sama turut mengingatkan Memey dan Abby tentang janji mereka untuk menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak-anak.
Klik untuk gambar besar
"Walau dil@nda g£mpa bumi, tauf@n dan bad@i, ingat janji-janji kita untuk sentiasa bersatu dalam satu misi iaitu menjadi ibu dan bapa terbaik untuk zuriat kita.
"Sekali lagi terima kasih kerana menjadi ibu yang luar biasa. Semoga kasih kalian terus menjadi cahaya yang membimbing anak-anak menuju masa depan yang penuh rahmat dan kebaikan insya-Allah," jelasnya.
Untuk makluman, Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, pada 2002, namun pasangan itu bercerai pada 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Norman kemudian berkahwin kali kedua dengan Memey, 37, pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 12, Muhammad Dikhriz Hakim, 10, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia 7 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment