"Katanya esok (Jumaat, 9 Mei) dia nak datang ambil 150 bungkus nasi ayam termasuk air. Jumlah semuanya RM2,250.
"Staf saya kemudian minta dep0sit, tapi katanya tak apa, esok dia akan bayar habis. Staf saya ikut saja padahal dia pernah ambil tempahan tanpa dep0sit.
"Tak tahulah di mana sil@pnya dan apa yang berlaku. Apabila siapkan tempahan, macam biasa lelaki itu menunjukkan ciri-ciri 'sc@mmer' apabila minta staff bayar itu ini padanya seperti transfer duit."
Demikian jelas penyanyi Shiha Zikir dimana dia mendedahkan restoran nasi ayamnya, Shiha Zikir Nasi Ayam yang beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hampir dit1pu (sc@m) oleh seorang individu lelaki pada Jumaat lalu.
Klik untuk gambar besar
Perkara ini dimaklumkan kepada Shiha dan dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan melarang staff terbabit berbuat demikian.
"Mujurlah kami cepat tersedar. Saya nak komen pasal staff kena puk@u atau tidak, memang tak berani sebab saya tak tahu perkara sebenarnya. Cuma apa yang saya boleh kata, kami dah kena sc@m.
"Tiada rezeki kami untuk tempahan sebanyak itu," katanya yang turut memberitahu, dia seterusnya bertindak bersedekah kepada mereka yang berminat dengan menghebahkannya menerusi media sosialnya, mandangkan nasi ayam itu sudah disiapkan.
"Tak sampai sejam nasi ayam ini habis diambil oleh orang ramai. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya kami dapat bersedekah kepada yang memerlukan.
"Apapun saya doakan agar pen1pu itu diberikan hidayah agar tidak mengulangi dan melakukan perbuatan itu terhadap orang lain," ujarnya.
Terdahulu pada tahun lalu, Shiha memaklumkan restoran nasi ayamnya pernah berdepan dengan g@ngguan ilmu hit@m atau sih1r.
Menurutnya, dia selalu menerima panggilan dari beberapa kenalan yang mendakwa kedainya tidak beroperasi ketika mereka datang untuk makan di situ sedangkan ia dibuka seperti biasa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment