Tahniah diucapkan kepada pelakon Bront Palarae selepas muncul sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Baannang Klang Lakorn ke-21 di Thailand, sekaligus mengharumkan nama negara.
Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya sebagai Heem dalam filem s£ram bertajuk 'The Curs£d Land'.
Pelakon berdar@h kacukan Melayu, Pakistan dan Thailand ini meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan diterima, selain menyifatkan pencapaian tersebut sebagai luar biasa kerana tidak pernah terfikir akan memenangi anugerah berkenaan.
"Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi yang jauh dan apabila menerima pengiktirafan sebegini ia sangat g1la.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Bront turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi yang berusaha keras dalam menerbitkan filem berkenaan, serta berkata, membuktikan perkara mustahil juga boleh dikecapi dengan kerja keras.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan 'The Curs£d Land' dari lubuk hati saya. Kerja keras anda semua menjadikan semua ini tidak mustahil untuk dikecapi," ujarnya.
Bront men£waskan lima calon lain iaitu Benjamin Varney (In Youth We Trust), Bhumipat Thavornsiri ('In Youth We Trust') Wanarat Ratsameerat ('Taklee Genesis'), Sanya Kunakorn ('How to Make Millions Before Grandma Dies'), dan Pongsatorn Jongwilas ('How to Make Millions Before Grandma Di£s').
Selain Pelakon Pembantu Terbaik, filem 'The Curs£d Land' juga tercalon dalam tiga kategori lain iaitu Visual, Pelakon Lelaki, dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Anugerah Baannang Klang Lakorn merupakan anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada karya televisyen serta platform penstriman di Thailand yang cemerlang sepanjang tahun 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment