01 May 2025

DAKWA HAFIDZ ROSHDI CAKAP BERB£LIT - SHUHADA MINTA BEKAS SUAMI DATANG AUSTRALIA JIKA MAHU JUMPA ANAK-ANAK



"Dia punya twist tu, macam orang tiada ilmu, cakap berb£lit, interim dekat responden pertama, aku lah orang responden pertama. Dah la hak raya ke apa semua tak dapat, sembang kari apa entah.

"Anak-anak sekolah dekat Australia, cuti sekolah sini la. Nak jumpa (anak) sila datang sini," ujar bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri.

Semalam mahkamah membenarkan Hafidz Roshdi mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei depan.

Klik untuk gambar besar

Berhubung itu, Shuhada tampil membuka mulut mengenai perkara tersebut serta meminta bekas suaminya untuk datang ke Australia jika mahu berjumpa dengan anak-anak mereka.

Tidak hanya itu sahaja, malah Shuhada turut mempersoalkan tindakan Hafidz yang didakwa telah menghantar n0tis tuntutan (LOD), selain meminta agar bekas suaminya itu melunaskan segala tanggungjawab terhadap anak-anak termasuk duit nafkah.
"Tiba-tiba hari ni dapat LOD fitn@h. Dari kau hantar LOD segala bagai baik kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak, duit nafkah satu sen tak bagi.

"Kau tunjuk kau tu bapa yang bertanggungjawab sikit, aku diam kau jangan bagi aku menyalak pula. Kang aku jadi Cik Epal juga kang. Jangan bagi aku mula.

"Dah kal@h tu kal@h la, acah-acah Nurul Shuhada kena balik Malaysia bawa anak-anak jumpa kau. Kau tu datang sini nak jumpa anak-anak. Perintah mahkamah kan? Kalau nak jumpa? Eh nak cover malu pun jangan la sampai twisted facts," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: