Nama pelakon Alya Iman sebelum ini hangat diperkatakan selepas dituduh antara selebriti yang menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Perkara tersebut didedahkan oleh isteri ahli perniagaan itu dan mendakwa sudah setahun mereka menjalin hubungan sul1t.
Kini nama Alya Iman kembali menjadi sebutan netizen dan berhubung itu, pelakon ini berkata, dia enggan mengenang masa lalu.
Kata Alya, dia tidak membaca komen netizen di media sosial dan jika ada yang menyebut namanya ia diluar kawalannya.
"Perkara yang sudah berlalu, dah pun berlalu. Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tak baca pun. Saya tak baca komen neg@tif, malah setiap komen di media sosial.
"Bagi saya perkara ini tidak dan ia tidak memberi k£san kepada saya," ujarnya yang percaya setiap rezeki sudah ditentukan oleh Allah apabila ditanya jika ada individu yang cuba menj@tuhkannya ketika namanya kini sedang meningkat naik.
"Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menj@tuhkan kita," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment