"Prosesnya sangat mudah dan tenang. Sahabat saya, Ali (jurujual) banyak membantu saya mendapatkan kereta ini mengikut kemampuan saya. Saya suka sebab tiada paksaan.
"Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Rezeki anak-anak. Terima kasih juga kepada Ali (jurujual) yang memudahkan urusan pembelian."
Itulah kata pelakon Saharul Ridzwan, 36, yang meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki membeli sebuah kereta baharu jenis Toyota Alphard, dimana kenderaan itu lebih besar dan selesa untuk kegunaan bersama isteri dan tiga anak mereka.
Klik untuk gambar besar
Menerusi muat naik video di media sosial, Saharul berkongsikan, proses untuk pembelian kereta tersebut dipermudahkan dan dapat diselesaikan mengikut kemampuannya.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji Saharul atau nama sebenarnya, Muhammad Saharul Ridzwan Hashim, kerana bijak mengatur kewangan keluarganya.
Bukan itu sahaja, malah ramai juga percaya, tindakan pelakon itu menjual kereta milik isterinya sebelum ini bukan disebabkan mengalami mas@lah kewangan, sebaliknya mahu menggantikan dengan kenderaan lebih baik.
Sementara itu, selain kenderaan tersebut mencur1 perhatian, netizen turut terkejut dengan nombor plat kereta tersebut, dimana rata-ratanya percaya ia mencecah puluhan ribu ringgit dan mempunyai maksud tertentu.
Pada 19 Mei lalu, Saharul memohon maaf kepada isterinya kerana bertindak menjual kereta Honda Jazz dan berjanji akan menggantikan dengan yang baharu.
Sebelum ini, Saharul pernah menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah kondominum di Cyberjaya pada tahun lalu.
Untuk makluman, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa yang kini berusia 2 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment