08 May 2025

DIANUGERAHKAN TROFI PENGHIBUR LEGENDA SELEPAS TIGA DEKAD - ZUR EDA LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki dan nikmat yang tidak pernah putus.

"Setelah 38 tahun menabur bakti dalam industri seni tanah air, saya berasa amat terhormat apabila dianugerahkan Legendary Performer in Entertainment Industry Award oleh Fem Forward 2025."

Demikian kata penyanyi Zur Eda, dimana beliau melakar satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan seninya apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Penghibur Legenda dalam Anugerah Industri Hiburan sempena majlis Fem Forward 2025.

Klik unuk gambar besar

Zur Eda yang berkongsi perkhabaran itu menerusi media sosial miliknya, meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterima selepas lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni.

Ujarnya lagi, anugerah itu bukan sahaja satu penghormatan kepada dirinya, malah turut mewakili semua insan yang pernah bersamanya sepanjang perjalanan kariernya.

"Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada diri saya, tetapi turut mewakili semua individu yang bersama saya sepanjang perjalanan seni ini.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Fem Forward atas penghargaan yang begitu bermakna ini," tuturnya.

Zur Eda yang dikenali menerusi lagu-lagu balada dan suara merdunya yang ikonik, terus menjadi sumber inspirasi dalam industri muzik tempatan.

Pengiktirafan daripada Fem Forward 2025 ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara legenda seni tanah air yang disegani dan dihormati.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: