07 May 2025

FATTAH AMIN HARAP ANAKNYA TAK LUPAKAN DIRINYA : "DADDY MEMANG TAK NAK PERKARA INI JADI (PERCERAIAN)... BILA BESAR NANTI, FATIMA AKAN FAHAM KEADAAN SEBENARNYA"



"Daddy nak bawa Fatima jalan-jalan. Nak bagi Fatima happy, kita pergi playground kita pergi beli toys. Kalau boleh daddy nak buat semua tu tapi.. bukan sebab daddy sibuk.
"Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Apabila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya."

Itulah luah pelakon Fattah Amin buat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya dimana ia telah mengundang sebak di kalangan netizen.

Fattah menerusi satu temu bual baru-baru ini, berkata, dia tidak mahu perceraian dengan bekas isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura berlaku dan dia sangat sayangkan anaknya itu sejak dari lahir sehingga kini.

Tuturnya lagi, meskipun dia tidak lagi tinggal bersama Fatima, namun dia menyimpan segala memori ketika mereka bersama sekeluarga di dalam telefon.

Bukan itu sahaja, Fattah juga berharap anaknya itu tidak melupakan dirinya, malah dia sentiasa berusaha untuk meluangkan masa bersama Fatima serta mahukan anaknya itu menyayangi kedua ibu bapanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: