"Semalam kira-kira jam 6 petang, ketika kami dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Barakah Ampang, arwah (emak) tiba-tiba beritahu dia s@kit dada, macam ada angin menolak dari dalam.
"Saya pun letak minyak angin dan picit-picit dia, tapi nampaklah mukanya pucat dan dahi berpeluh. Saya pun tak pasti, apa peny@kit yang emak saya dapat ketika itu dan saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.
"Ketika di hospital, degupan jantung emak saya dah perlahan serta doktor bagi bantuan pernafasan kira-kira setengah jam dan dia nampak okay. Jantung bergerak semula dan dia pun buka mata.
"Tapi dalam masa sekejap saja ketika dia (arwah) nak dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor beritahu degupan jantung, tek@nan dar@h dan buah pinggang dah turun. Arwah emak saya disahkan meninggal dunia, jam 7.15 malam."
Demikian kata anggota kumpulan Kool, Hairee, 56, dimana dia reda dengan pemergian ibunya yang juga seniwati legenda, Allahyarham Sophia Ibrahim, 77, yang disifatkan sangat dipermudahkan oleh Allah SWT.
Ujar Hairee atau nama sebenarnya, Mohd Khairi Yaakob, Allahyarham ibunya itu menghidap asma tetapi tidak mempunyai sebarang peny@kit kr0nik seperti mas@lah jantung atau k£ncing manis.
Tambahnya lagi, cara kem@tian ibunya yang tidak disangka-sangka itu adalah takdir yang sudah ditetapkan Allah dan sebagai hamba-Nya, dia reda dengan sepenuh hati.
"Setahu saya yang selalu bawa arwah untuk pemeriksaan doktor, dia tak ada mas@lah jantung, k£ncing manis dan dar@h tinggi.
"Bagaimanapun, saya sebenarnya ada nampak perubahan pada diri arwah ketika Ramadan lalu sewaktu dia menerima tawaran menyanyi di Hotel Grand Barakah pada masa itu.
"Arwah hanya dapat buat persembahan selama seminggu saja dan dia minta saya gantikannya sebab rasa kurang sihat. Kira-kira tiga minggu jugalah, saya gantikan emak menyanyi di situ," tuturnya.
Dalam pada itu, Hairee turut berkongsi pesanan yang ditinggalkan ibunya, dimana Allahyarham selalu mengingatkan agar jangan ir1 hati pada orang, jangan d£ngki pada orang.
Semalam kira-kira jam 10.30 pagi, Allahyarham Sophia yang meninggalkan empat orang anak dan lima orang cucu, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Jalan Karak, di sini.
Antara rakan artis yang hadir di upacara pengebumian ialah Mak Jah, Mustafa Kamal, Salamiah Hassan, Suzan Menon, Riot Kool dan Ifa Raziah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment