08 May 2025

"INSYA-ALLAH, KALAU TAHUN INI ADA REZEKI, SAYA AKAN TAMATKAN ZAMAN BUJANG..." - PABLO AMIRUL



"Benda baik kita akan kongsikan. Sama seperti pasangan lain, kami juga mengharapkan satu destinasi yang halal (perkahwinan), begitu juga saya.
"Insya-Allah, kalau tahun ini ada rezeki, saya akan tamatkan zaman bujang, saya akan 'settle down' (berkahwin). Malas nak buang masa. Cuma saya tunggu masa sesuai untuk umumkan kepada peminat."

Itulah jelas pelakon watak aksi, Pablo Amirul, 40, yang menyerahkan soal jodoh dengan kekasihnya iaitu pakar estetik, Dr Hana Rose kepada Allah SWT.

Kata Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, sekiranya mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya itu, dia tidak akan berahsia.

Dalam pada itu, Pablo turut berkongsi, dia juga mempunyai keinginan untuk berkeluarga pada usia sekarang.

Tambahnya lagi, dia juga jarang berkongsi secara terbuka mengenai hubungan cinta tapi memahami ramai peminat yang mahu mengetahui sisi peribadinya itu.

"Umur pun sudah 40 tahun, saya juga ada impian nak kahwin macam orang lain tapi saya lebih suka menggunakan pendekatan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

"Saya sudah penat merancang kerana sebelum ini semua sudah tahu apa yang saya lalui dalam hubungan cinta.

"Jarang saya dedahkan hubungan cinta, saya lebih banyak bercakap soal kerjaya dalam industri tetapi sebagai orang yang dikenali, saya tak boleh nafikan ramai yang ingin tahu kisah cinta kami," tuturnya.

Disamping itu, ditanya mengenai detik perkenalannya bersama Hana pula, Pablo memberitahu, mereka sudah berkenalan sekitar tiga bulan dan mula rapat pada Mac lalu.

"Kami sudah berkenalan lebih kurang tiga bulan, bulan puasa baru-baru ini bila kami dapat restu semua, barulah kami mula rapat.

"Kalau saya tak kongsikan di media sosial, maksudnya hubungan itu tidak s£rius tetapi kalau satu Malaysia sudah tahu, maknanya perkara ini s£rius," katanya.

Terdahulu, Pablo memuat naik foto dan video romantis bersama Hana dan meluahkan rasa bahagia dan gembira di samping kekasihnya itu di media sosial.

Pada masa sama, Hana juga berkongsi detik romantis mereka ketika keluar meluangkan masa bersama-sama.

Sebelum ini, Hana pernah mencipta kontr0versi apabila bercinta dengan pemain bola sepak berasal dari utara yang bermain untuk pasukan Sabah.

Dakwa Hana, dia dipukul oleh pemain terbabit sehingga mendapat perhatian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: