"Memang saya ikhlas melepaskan dia berkayuh. Tapi, jauh di sudut hati saya, ada rasa macam, kalaulah kan, umur tak panjang atau apa. Itu yang membuatkan saya mengalirkan air mata.
"Iyalah, benda ini kita hanya mampu merancang, tapi semuanya ditentukan Allah. Dalam fikiran saya, okaylah. kalau ada jodoh umur panjang, saya nak berjumpa dia lagi."
Demikian kata pelakon Amyra Rosli, 34, dimana dia tidak menafikan wujud rasa gus@r dalam hatinya, walaupun reda dan ikhlas dengan keputusan suaminya, Amar Baharin melakukan misi berbasikal ke Makkah.
Klik untuk gambar besar
"Saya pun tahan air mata ni sebab tak mahu orang lihat saya lemah," katanya yang baru-baru ini ada membawa anak-anaknya ke Hatyai, Thailand bagi bertemu dengan Amar sebelum suaminya itu bertolak ke Bangkok.
Malam ini, Amar dan rakannya dalam misi itu, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin akan berlepas ke Iran dengan menaiki pesawat kerana tidak dapat melintasi India dan Pakistan kerana sedang berlaku perg0lakan antara kedua-dua negara itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment