"Kalau kakak saya kahwin, saya akan rasa sangat sedih. Saya harap sesiapa sahaja yang mengahwini kakak, dapat menjaganya dengan baik. Kakak saya berhak untuk dapatkan lelaki yang baik, sebab dia pun seorang yang baik."
Demikian kata penyanyi Irfan Haris yang mengakui, dia rasa sedih jika kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman akan mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
Irfan yang berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di media sosial, berharap sesiapa saja yang berkahwin dengan kakaknya dapat menjaga Amira dengan baik.
Perkongsian Irfan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang yakin bahawa Amira akan mendapat jodoh yang baik kerana sikapnya yang beradab serta dari keluarga yang baik-baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment