08 May 2025

KURANG GEMAR MAKAN DI LUAR - RIEZMAN KHUZAIMI MEMASAK SETIAP HARI, KINI AKTIF BUAT 'LIVE' DI MEDIA SOSIAL



"Saya memang memasak setiap hari kerana kurang gemar makan di luar. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam memang saya sediakan sendiri. Kalau ada waktu minum petang pun, saya akan masak juga.
"Sepanjang tiga tahun menjadi 'live host' setiap kali saya melakukan 'live', pasti ada yang bertanya mengenai perkembangan industri hiburan, tetapi soalan paling kerap diajukan ialah, hari ini masak apa? Kalau ada hari saya rasa mal@s, saya cuma masak nasi dan goreng telur.

"Hidangan ringkas seperti nasi, telur dan kicap. Tapi yang menariknya, itulah yang penonton nak tengok. Saya kongsi sebagai kandungan dan mereka suka.

"Sebagai tukang masak, saya gemar pelbagaikan menu. Apa yang saya masak pula, ramai kata mudah dan mereka sendiri ikut resipi saya."

Itulah jelas pelakon Riezman Khuzaimi, 55, dimana dia kini aktif membuat sesi 'live' di media sosial serta memaklumkan pengikutnya lebih berminat bertanyakan menu masakannya berbanding perkembangannya dalam industri hiburan tanah air.

Kata Riezman, pengikutnya sudah sedia maklum mengenai dirinya yang setiap hari memasak di rumah, memandangkan dia kurang gemar menikmati hidangan di luar.

Dalam pada itu, kongsi Riezman lagi, ramai dalam kalangan pengikutnya di media sosial mengakui tidak mahir memasak dan menjadikan resipinya sebagai rujukan utama di dapur.

"Saya anggap kandungan saya kongsikan sebagai satu cara membantu pengikut yang menonton sesi 'live' saya agar mereka boleh belajar memasak.

"Ada yang pernah beritahu mereka tidak tahu nak buat nasi beriani, jadi saya kata, 'Okay, esok kita masak nasi beriani sama-sama'. Saya akan masak dalam kuantiti kecil sebab saya makan seorang. Tapi kalau buat lebih, saya jemput kawan datang makan.

"Biasanya, saya teruskan sesi 'live' sampai masakan siap dan hanya tamatkan selepas kawan datang dan kami makan bersama," tuturnya yang turut berkata, sebagai selebriti dia ingin memanfaatkan platform yang ada untuk dorong pengikutnya mengikuti perkara berfaedah dan memberi nilai p0sitif.

"Siaran 'live' saya lebih kepada mendidik mereka agar tidak menyal@hgunakan media sosial. Bila saya kongsikan kandungan begini, mereka suka.

"Kadang-kadang, kalau saya tak masak pun, saya cuma bancuh kopi sambil berbual dan selitkan sedikit nasihat. Menariknya, mereka terinspirasi dan mahu ikut.

"Kadang-kadang saya kongsi ilmu kepada mereka dari segi keusahawanan. Selain itu, saya seorang 'coach' yang membimbing para usahawan.

"Saya tekankan kepada mereka dalam menjalankan perniagaan, fokus bukan semata-mata pada pr0duk, tetapi pentingnya aspek penjenamaan dan strategi perniagaan yang betul.

"Saya berkongsi ilmu secara percuma di media sosial, sedangkan kalau mereka sertai kelas saya, itu berbayar. Tapi di platform ini, saya beri secara percuma sebagai perkongsian ikhlas," ujar pelakon filem 'Congkak' ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: