22 May 2025

JACLYN VICTOR HILANG SABAR INDIVIDU MENYAMAR DIRINYA GUNA AKAUN IG PALSU, SIAP BAL4S KOMEN PEMINAT



"Palsu! Tolong s£kat dan laporkan akaun ini kerana individu terbabit meninggalkan komen dengan menyamar sebagai diri saya."
Demikian ujar penyanyi Jaclyn Victor dimana dia hilang sabar apabila seorang individu tidak dikenali menyamar sebagai dirinya dengan menggunakan akaun Instagram (IG) palsu.

Jaclyn atau nama penuhnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di media sosial miliknya, memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu turut meninggalkan komen seolah-olah menggambar seperti ia ditulis oleh dirinya

Klik untuk gambar besar
"Terima kasih untuk sokongan dan komen anda di dalam laman rasmi. Saya teruja mengenali peminat setia seperti anda, boleh saya tahu anda berasal dari mana?" tulis individu berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, Jaclyn juga memuat naik paparan tangkap layar memaparkan komen palsu dibuat oleh individu terbabit yang mengaku akaun tersebut adalah platform rasmi media sosial.

Hasil semakan, akaun tersebut yang menggunakan nama jaclyn_victor343 itu dipercayai baharu dicipta kerana masih belum mempunyai pengikut dan tidak memuat naik sebarang foto, selain ia turut diaktifkan dalam mod privasi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: