Dek kerana penangan lagu 'Meriah Lain Macam' nyanyian duet bersama Nadeera Zaini, penyanyi Hael Husaini tidak putus-putus dihujani tawaran mengadakan persembahan sehingga pernah beraksi di tiga lokasi berbeza dalam satu hari.
Nama Hael boleh dikatakan kini 'mendunia' apabila lagu 'Meriah Lain Macam' hasil ciptaan bersama Iqie Hugh ini yang dilancarkan pada Syawal lalu, mencipta fenomena tersendiri.
Lagu raya itu dimainkan menerusi pelbagai medium sehingga mencatat kedudukan nombor satu di carta Malaysia dan Brunei dengan mencatat lebih 16 juta tontonan di YouTube.
Berhubung itu, Hael berkata, dia tidak mempunyai mas@lah menjayakan persembahan di lokasi berbeza kerana mempunyai jadual yang disusun rapi.
"Kalau nak diikutkan benda ini dah jadi rutin saya bekerja. Jadi saya sebenarnya tak ada rasa penat atau tiada istilah penat dalam bekerja.
"Terutama apabila saya melakukan aktiviti bertemu peminat dan semua di lokasi, ia ibarat terapi buat saya.
"Saya sebenarnya susah nak tolak undangan yang datang. Kalau nak ikutkan, semua pelawaan saya sambut dengan berbesar hati sebenarnya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain pula, Hael menerusi syarikat Rockefuel Entertainment kini mengeluarkan lagu 'Diam' nyanyiannya dan 'Bukan Lagi Kita' nyanyian Nadeera dalam versi Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Ia atas permintaan Rocketfuel dan juga peminat kami. Untuk versi kali ini, ia memberi satu benda yang akan mengubati mereka yang nak mendengar versi AJL tapi kalau dalam bahasa saintifiknya HD.
"Ia lebih ke depan lagi dari segi bunyi dan sebagainya. Ia rakaman versi baharu tapi versi yang berasal daripada AJL.
"Saya tidak sabar beraksi dalam showcase istimewa Hael Husaini: Antonim Night di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), pada 31 Mei ini.
"Saya berjanji showcase ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya hadiah buat peminat yang setia menunggu dan tidak pernah berhenti menyokong kerjaya saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment