"Dua tahun saya bertahan sebab sayangkan perkahwinan ini tapi bila rujuk kepada kadi yang menikahkan kami, ustaz serta mutawif saya layak (mohon cerai) bukan suka-suka.
"Saya solat istkharah setiap malam minta petunjuk, malah sepanjang bulan Rejab saya bersujud mohon bantuan dan petunjuk Allah."
Itulah kata penyanyi Mas Idayu dimana dia memberitahu, keputusannya untuk bercerai dengan bekas sumi, Muhammad Sufian bukan dibuat mengikut perasaan, sebaliknya sudah difikirkan semasak-masaknya.
Jelasnya, dua tahun dia cuba pertahankan rumah tangga dan turut melakukan solat istikarah setiap malam untuk meminta petunjuk daripada Allah, turut merujuk pihak agama.
Dalam pada akui Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 53, dia memfailkan cerai di Mahkamah Syariah tanpa pengetahuan Sufian, namun tidak pernah sembunyikan kehadirannya ke mahkamah.
Tambahnya lagi, dia bahagia selepas bercerai, namun timbul rasa bersal@h kerana perkahwinan mereka sebelum ini mendapat pelbagai sokongan dan tajaan.
Kata Mas Idayu, perasaan ral@t menguasai diri kerana dia berasa sudah mengec£wakan peminat yang menyokong perkahwinannya itu.
"Saya tak sedih tentang perceraian, cuma ral@t dan rasa kasihan pada mereka yang menaja perkahwinan kami.
"Apapun, saya gembira sekarang dan saya harap pihak sana pun begitu juga," tuturnya yang kini sudah menemui kebahagiaan sendiri selepas perceraiannya itu.
Disamping itu, Mas Idayu juga berharap orang ramai tidak memanipul@si cerita perceraiannya kerana mereka tidak berada dalam situasi berkenaan.
"Bagi mereka yang mar@hkan saya, sebenarnya saya yang menuntut cerai. Kalau isteri menuntut cerai tanpa sebab tak bau syurga tapi saya sangat layak untuk bercerai.
"Jangan manipul@si cerita kalau anda tidak tahu cerita sebenar ketika saya menuntut perceraian," ujar ibu kepada kepada seorang cahaya mata ini.
Untuk makluman, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3, mengesahkan sudah bercerai dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu, selepas berkahwin pada September 2022.
Sebelum itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya, namun, bercerai dan mempunyai seorang anak.
Manakala Mas Idayu pula, dia juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment