Menerusi pencapaian luar biasa pada Konsert GenKRU 2025, trio adik-beradik iaitu KRU yang dianggotai Datuk Norman Abd Halim, Datuk Yusry Abd Halim dan Edry Abd Halim, telah mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.
Konsert anjuran ICON Entertainment yang berlangsung selama empat hari di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, cukup menc£tus fenomena.
KRU diberi pengiktirafan MBOR bagi penganugerahan 'Most Show in A Single Concerts Series' (Persembahan terbanyak dilakukan dalam satu siri konsert) selepas mempersembahkan konsert selama empat malam pada 3 dan 4 Mei diikuti Sabtu serta malam tadi.
"Pencapaian ini adalah satu apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asalnya hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.
"KRU berterima kasih kepada sokongan tanpa henti selama lebih tiga dekad kami berada dalam industri hingga lahir penganjuran Konsert genKRU 2025 selama empat malam seterusnya diiktiraf Malaysia Book of Records," kata Norman.
Klik untuk gambar besar
Pengiktirafan berkenaan diberi selepas 8,000 tiket Konsert GenKRU terjual dalam tempoh satu jam.
"Icon Entertainment dengan suka cita berkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa bukan hanya kerana pembelian tiket terlaris dalam tempoh satu jam tetapi menjadikan konsert ini gemilang dengan empat malam penganjuran," menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Konsert GenKRU yang dihadiri lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa artis popular tanah air seperti kumpulan Elite, Adam AF dan Feminin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment