12 May 2025

SEKITAR MAJLIS BERSIRAM - EYKA FARHANA HARAP PERKAHWINAN SEMEKAR SIRAMAN AIR BUNGA YANG SENTIASA MEWANGI



"Majlis Bersiram 🤍 Semoga perkahwinan kami semekar siraman air bunga yang sentiasa mewangi 🤍🤍🤍🤍🤍"

Itulah tulis pelakon Eyka Farhana menerusi media sosial, dimana dia telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis bersiram.

Pada 2 Mei lalu, Eyka selamat bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang.

Klik untuk gambar besar

Manakala, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini pula telah diadakan di The Danna Langkawi Resort & Beach Villas yang terletak di Pulau Langkawi, dimana ia menyorot perhatian ramai.

Bukan sahaja kemeriahan acara, malah kek Eyka dan Akhyar turut menjadi bualan kerana mencecah RM3,500 untuk sebiji.
Jelas pembuat kek, pasangan itu memesan kek belgium untuk hari bahagia mereka dan difahamkan, berat kek tersebut mencecah kira-kira 15 kilogram dan bersaiz 20 inci.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.

Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: