22 May 2025

"LEPAS INI TAK PERLU DAH LENJAN PAKAI KERETA SEWA" - ZAHNITA WILSON AKHIRNYA DAPAT BELI KERETA BARU



Pelakon dan model Zahnita Wilson baru-baru ini telah berkongsi berita gembira di media sosial miliknya, dimana dia akhirnya membeli sebuah kereta baharu bagi membantu memudahkan pergerakkan harian dan demi keselesaan hidup.

Dalam perkongsian tersebut, memaparkan Zahnita bersama dua orang jurujual kenderaan dan kereta berjenama Renault Captur berwarna biru itu diterima dengan khidmat penghantaran oleh jurujual berkenaan.

Menurut Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, dia kini tidak perlu lagi menggunakan kereta sewa seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Lepas ini tak perlu dah lenjan pakai kereta sewa. Terima kasih kepada Elle dan Ida (jurujual). Sangat berpuas hati, terima kasih banyak," katanya yang tidak berkongsi secara terperinci tentang kereta baharunya itu.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta berharap agar Zahnita terus mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mereka juga turut tumpang gembira melihat kemajuan yang dikecapi Zahnita sejak pelbagai isu melibatkan dirinya.

"Terbang tinggi Zahnita! Awak sangat bertuah rezeki sentiasa memihak kepada awak.

"Terus 'move on', awak pun nampak makin cantik berbanding sebelum ini," itulah antara komen-komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: