22 May 2025

RINDU SAMPAI TERTIDUR DI SANGKAR PABLO - IQBAL ZULKEFLI SEDIH KUCING KESAYANGAN BERHARGA RM18,000 M4TI AKIB4T PENY4KIT P4RVO



"Setiap hari saya berharap dapat mimpikan dia. Saya selalu menitiskan air mata bila teringatkan kucing itu. Malah tahap rindu saya pada dia sampai tertidur dalam dalam sangkar Pablo."

Itulah jelas usahawan Iqbal Zulkefli yang baru-baru ini telah kehilangan kucing kesayangannya bernama Pablo akib@t peny@kit panleuk0penia atau p@rvo, pada 16 Mei lalu.

Kata Iqbal atau nama penuhnya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, kehilangan kucingnya itu memberi k£san yang amat mendalam buatnya sehingga dia sanggup tertidur di dalam sangkar haiwan peliharaannya itu.

Klik untuk gambar besar

Kongsinya lagi, hampir setiap hari dia menangis terkenangkan kucing yang mati pada 16 Mei lalu akibat penyakit panleukopenia atau parvo.

"Setiap hari saya berharap dapat mimpikan dia. Saya selalu menitiskan air mata bila teringatkan kucing itu.

"Malah tahap rindu saya pada dia sampai tertidur dalam dalam sangkar Pablo," ujarnya yang mula menjadikan Pablo haiwan peliharaannya sejak lima tahun lalu, dimana dia membeli kucing berkenaan dengan harga RM18,000.
Dalam pada itu, Iqbal berkata, lebih menyedihkan baginya apabila dia tidak dapat berada di sisi Pablo ketika kucing itu m@ti di sebuah klinik veterinar.

"Buat masa ini hanya anak patung jadi pengubat rindu saya terhadap Pablo. Saya rasa bersal@h dan rasa diri tak guna kerana tiada di sisi dia sewaktu hujung nyawa," luahnya.
Disamping itu, Iqbal juga sedar apabila ada yang menganggap dirinya keterlaluan meratapi kehilangan kucing berkenaan.

Bagi Iqbal, sebagai seorang pencinta haiwan, perasaan tersebut suk@r digambarkan dengan kata-kata, apa lagi selama ini Pablo menjadi peneman untuk dia melepaskan rasa sedih atau penat.

"Orang tak faham apa yang saya rasa. Mereka boleh cakap ia hanya kucing. Saya rasa p£rit kehilangan kucing sebab dalam hidup ini cuma ada anak dan kucing saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: