22 May 2025

TAK PERNAH TUTUP PINTU HATI - FARID KAMIL MAHU WANITA YANG MEMAHAMI : "KALAU BOLEH WANITA INI MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT UNTUK SAYA"



"Alhamdulillah, saya mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri. Saya dapat fokus kepada apa yang penting dalam kehidupan.
"Saya bersyukur dengan apa sahaja takdir buat saya. Untuk kata terbuka hati atau tidak, saya tidak pernah menutup pintu hati, tetapi lebih menjurus kepada ingin melebihkan kerja ibadah.

"Jodoh dan m@ut di tangan Tuhan, saya cuma berserah kepada Allah menentukan hala tuju hidup untuk memenuhkan hati dan perasaan saya."

Demikian tutur pelakon Farid Kamil yang menjelaskan, dia tidak pernah menutup pintu pada mana-mana wanita selepas berpisah dengan pelakon dan penyanyi, Diana Danielle pada Mac lalu.

Meskipun gag@l dalam perkahwinan, Farid bagaimanapun menyerahkan kepada Allah mengenai hala tuju hidupnya dan tidak terburu-buru mencari pengganti kerana mahu memberi fokus dengan kehidupannya kini.

Dalam pada itu, Farid turut berkongsi mengenai ciri-ciri wanita pilihan, dimana dia mahukan wanita yang memahami serta menerima dirinya seadanya serta tidak kisah sama ada artis ataupun tidak.

"Apa yang penting, wanita ini perlulah seorang yang boleh memahami saya dengan seadanya. Artis ataupun tidak, saya serahkan kepada jodoh. Kalau boleh wanita ini boleh menjadi pemangkin semangat untuk saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: