07 May 2025

LUNA MAYA KINI ISTERI MAXIME - SELAMAT NIKAH DI BALI



"Saya waktu itu memang pernah menerima lamaran daripada seorang lelaki, sebelum bersama Maxime," demikian kata Luna Maya menerusi video media sosial.
"Saya rasa bersyukur kerana akhirnya saya bertemu dengan awak (Maxime). Kalau tidak, mungkin saya dah berkahwin sekarang tapi hidup dalam keadaan tertekan sebab buat keputusan berkahwin semata-mata kerana nak jaga hati orang lain," tambahnya lagi yang selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bali, Indonesia, hari ini.

Untuk info, sebelum akad nikah, Luna menjalani upacara siraman dan sungkeman mengikut adat Jawa, termasuk Maxime yang turut menyertai tradisi itu.

Meskipun berbeza usia 10 tahun, ia tidak menghalang hubungan mereka untuk berkembang dan pada Disember 2022 mereka tampil secara terbuka di khalayak ramai.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: