07 May 2025

"RASA SEPERTI SEBUAH 'REUNION'..." - KRU KEMBALI GEGARKAN DENGAN KONSERT GENKRU, TERIMA SORAKAN RIBUAN PEMINAT



"Terima kasih kepada semua yang hadir dan terus-menerus memberikan sokongan kepada kami. Mungkin ada dalam kalangan anda pernah menonton konsert pertama kami suatu ketika dulu dan kini kembali di konsert ini."

Demikian kata Edry Abdul Halim apabila Konsert GenKRU berlangsung dengan gilang-gemilang baru-baru ini dengan sorakan ribuan peminat yang hadir memberi sokongan untuk kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik iaitu Edry, Yusry dan Norman.

Ribuan penonton dari pelbagai lapisan umur memenuhi ruang stadium yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, sekaligus menjadikan malam itu sebagai detik bersejarah bukan hanya buat KRU, bahkan buat semua yang pernah menjadi sebahagian daripada fenomena muzik era 90-an dan awal 2000-an.

Suasana malam itu ibarat sebuah pesta masa lalu yang kembali hidup apabila ada kalangan peminat hadir mengenakan busana ala KRU ketika zaman kemuncak mereka yang mencerminkan zaman kegemilangan muzik rap, pop dan R&B tanah air.

Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam itu menyaksikan lebih 20 buah lagu dipersembahkan, termasuk himpunan karya malar segar yang menjadi lambang kepada identiti KRU iaitu lagu 'Fanatik', 'Ohh! La! La!', 'Babe' dan 'Jangan Lafazkan'.

Lagu-lagu terbabit dinyanyikan dengan penuh semangat, lengkap dengan koreografi rancak yang menjadi 'trademark' kumpulan adik-beradik ini.

Klik untuk gambar besar

Apa yang menjadikan Konsert GenKRU begitu istimewa adalah sentuhan kreatif dan perancangan rapi dalam menyusun senarai lagu, termasuk memberi penghormatan kepada karya ciptaan KRU untuk artis lain.

Antara yang dipersembahkan ialah 'Untukmu' (Feminin), 'Sedetik Lebih' (Anuar Zain), 'Kekasih Separuh Masa' (The Lima), 'Romancinta' (Mojo) dan 'Hi Hi Bye Bye' (Ezlynn).

Setiap lagu diiringi sorakan dan nyanyian bersama penonton, membuktikan betapa karya mereka merentas zaman dan genre dan sal@h satu detik paling mengujakan malam itu ialah apabila Adam AF2 muncul di pentas untuk berduet dengan KRU menerusi lagu 'Terhangat di Pasaran', yang dulunya menjadi lagu tema popular.

Bukan itu sahaja, malah kehadiran kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Watie, Sasha dan Linda Rafar turut menjadi kejutan manis, dimana ia seolah-olah menghidupkan kembali era kegemilangan industri hiburan tanah air dengan aura glamor dan semangat 'sisterhood' yang masih utuh.

"Konsert GenKRU ini rasa seperti sebuah 'reunion'. Bukan saja 'reunion' untuk kami bertiga, tetapi juga untuk anda semua yang mengikuti perjalanan karier seni kami sejak dulu sehingga ke hari ini," ujar Yusry.
Pentas dan pencahayaan juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan suasana nostalgia yang dirindui ramai, termasuk skrin gergasi memaparkan klip lama, visual dinamik dan latar sinematik yang menambahkan k£san dram@tik pada setiap persembahan.

Terdapat saat-saat menyentuh em0si apabila visual zaman muda KRU ditayangkan sambil mereka menyanyikan lagu balada.

KRU membuktikan bahawa bakat, kerja keras dan kekuatan identiti seni mampu menjadikan sesuatu kumpulan kekal relevan, meskipun zaman berubah dan industri berevolusi.

Dalam konsert malam itu, KRU menutupnya dengan ucapan penuh makna dan lagu terakhir, 'Awas' yang menggamit em0si penonton.

Ramai yang berdiri, memberi tepukan gemuruh dan ada juga yang menahan sebak, satu petanda bahawa malam itu bukan sekadar konsert, tetapi satu peristiwa yang akan terus dikenang.

Konsert GenKRU bukan hanya menjadi titik temu peminat lama dan baru, tetapi turut menjadi bukti bahawa muzik yang lahir dari jiwa, akan kekal dalam jiwa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: