"Mustahil tak 'struggl£', sudah tentu saya melaluinya. Tapi saya rasa itu adalah keindahan dalam hidup," demikian kata pelakon Mawar Rashid dimana dia mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun begitu, ulas Mawar, setiap kepay@han yang dit£mpuh itu menjadi sumber kekuatannya untuk terus bangkit demi membesarkan tiga anaknya.
Ujar Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, setiap hari dilalui dengan pelbagai cab@ran, namun kehadiran anak-anak menjadi pendorong utama untuk terus berjuang menempuh hari mendatang.
Menurutnya, dia turut melalui dilema seperti ibu-ibu lain apabila terpaksa meninggalkan anak-anak demi mencari rezeki, namun tetap menjadikan tanggungjawab itu sebagai satu kekuatan.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, dalam membantu dirinya kekal p0sitif, sokongan moral daripada keluarga, sahabat dan pengikutnya di media sosial turut memainkan peranan besar.
"Ada banyak perkara dilalui, setiap hari saya berjuang untuk anak-anak. Anak-anak adalah penguat semangat saya. Setiap kali tengok anak-anak saya percaya boleh teruskan. Saya juga dapat sokongan daripada pengikut yang memberikan komen p0sitif.
"Itu memang sokongan yang baik untuk diri saya," jelas Mawar yang dalam masa sama berkata, dia tidak akan mampu berada di tempatnya sekarang tanpa sistem sokongan yang kukuh daripada mereka yang rapat dengannya.
"Saya takkan berada di sini tanpa sistem sokongan seperti keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Pada saya sistem sokongan sangat penting," katanya yang turut menyeru golongan ibu untuk tidak melupakan diri sendiri dalam usaha membahagiakan orang tersayang.
"Jadi, untuk semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk lebih mencintai diri sendiri. Kadang-kadang kita terlamp@u bagi kasih sayang kepada orang yang kita sayang seperti anak dan keluarga kita. Sampaikan, bila tengok cermin pun, kita macam tak kenal dan tak nampak diri kita," katanya.
Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada 9 November 2017, namun perkahwinan itu berakhir pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 6; Raden Seri Rosabella Cinta, 4; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment