14 May 2025

PERGALAMAN PERTAMA MASUK BILIK B£DAH - SHERRY IBRAHIM BERSYUKUR SELAMAT BUANG 'GANGLION CYST'



"Pada mulanya, saiz cyst itu kecil sahaja, tapi lama-kelamaan ia membesar dan menjadi semakin keras. Ia mula mengg@nggu pergerakan tangan saya, terutama apabila melakukan aktiviti harian seperti memandu."

Demikian jelas pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim, 42, dimana dia baru sahaja menjalani pemb£dahan kecil membuang 'ganglion cyst' (b£ngkak berisi cecair) yang tumbuh di bahagian pergelangan tangan kirinya.

Menurut Sherry, ini pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke bilik pemb£dahan dan melalui pros£dur perubatan sedemikian.

Tambahnya lagi, doktor menjelaskan bahawa kemunculan cyst itu berpunca daripada penggunaan pergelangan tangan yang kerap dan berlebihan semasa bersenam.

Klik untuk gambar besar

"Saya memang aktif bersenam dan sering mengangkat berat. Gaya hidup lasak itu mungkin menjadi penyebab utama ketumbuhan itu muncul dan terus membesar," katanya.

Sherry bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana pros£dur pemb£dahan itu berjalan lancar tanpa sebarang k0mplikasi.

"Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Doktor dan jururawat menjaga saya dengan sangat baik sepanjang proses. Walaupun ini pengalaman pertama, saya langsung tidak rasa t@kut atau c£mas," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Teduhan Kasih' ini turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: