"Saya dah hampir sampai ke kawasan Al Qassim, kira-kra 500 km lagi nak (tiba) ke Madinah Al-Munawwarah. Makin dekat, makin mencab@r berkayuh di tanah Arab lagi-lagi pada musim panas (sekarang).
"Tapi, teruja (kayuhan berbasikal) dah hampir sampai. Alhamdulillah, Allah tolong. Allah mudahkan. Semua (yang berlaku ini) dengan izin Allah."
Demikian kata pelakon Amar Baharin, 40, dimana dia semakin teruja apabila kayuhan berbasikalnya dalam misi kembara, 'Journey To Tanah Har@m', kini tinggal 500 kilometer (km) lagi untuk sampai ke pintu masuk Madinah.
Ujar Amar, dia yang kini menghampiri kawasan Al Qassim dalam negara Arab Saudi itu tidak menafikan jarak semakin dekat dirasakan sangat mencab@r kerana cuaca yang begitu panas.
Dalam pada itu, Amar mengaku, pelbagai cab@ran dilalui sepanjang hampir sebulan menyahut misi itu dan dia amat bersyukur kerana Allah mempermudahkan walaupun perlu menukar laluan perjalanan di India dan Pakistan yang ketika ini berhadapan k0nflik.
Difahamkan misi kembara, 'Journey To Tanah Har@m' ini adalah pengalaman kali pertama Amar untuk berbasikal menuju destinasi yang jauh hingga ke Madinah dan Makkah bagi mengerjakan haji dan umrah.
Terdahulu, Amar bersama rakan baiknya iaitu Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin memulakan misi kayuhan mereka ke Tanah Suci pada 27 April lalu menerusi pelepasan di Perlis ke Thailand.
Bagi menjadikan misi ibadah ini berjaya sepenuhnya, Amar dan Qobin dijangka memerlukan masa tiga bulan dan mereka berdua difahamkan kembali ke tanah air pada Julai depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment