25 May 2025

SEKIAN LAMA 'HILANGKAN DIRI' - YASSIN SENARIO AKHIRNYA MUNCUL DALAM 'LIVE'



"Bukan merajuk tak nak balik. Mal@s nak tengok telefon, kalau tengok macam-macam orang cakap. Kalau nak saya balik, beri gift."

Itulah jawab pelawak Yassin Senario dimana dia akhirnya muncul menerusi sesi siaran langsung, sekaligus berkongsi khabar terkini dirinya dengan peminat selepas sekian lama menghilangkan diri.

Dalam sesi itu, Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya, 46, telah menjawab soalan penonton yang teruja melihat kelibatnya.

Maklumnya, dia sedar ramai bertanya tentang kehilangannya, namun memilih mendiamkan diri, malah turut berselor0h meminta peminat memberinya 'gift' sekiranya mahu dia pulang, seolah memberi bayangan dia tidak berada di Malaysia.

Klik untuk gambar besar

Yassin yang tampil bersama pemilik akaun berkenaan dilihat memakai baju berwana hitam dengan latar belakang dinding seperti dalam sebuah ruang bilik, selain dia kelihatan sihat dan mesra melayan komen-komen penonton.

Sejak akhir tahun lalu, ketiadaan Yassin dalam pr0gram melibatkan Senario sering menjadi tanda tanya peminat.

Apatah lagi, sebelum ini media melaporkan penangk@pan seorang pelawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana memiliki g@nja.
Ramai mengaitkan pelawak ditah@n itu adalah Yassin, namun anggota Senario sendiri memilih mengunci mulut mengenai berita itu.

Pelawak tersebut dilaporkan perlu menjalani hukvman penj@ra selama enam bulan di Arab Saudi dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada April lalu.

Sementara itu, anggota Senario iaitu Saiful Apek tampil memberitahu, Yassin dijangka membuat kemunculan bersama kumpulan itu menerusi pementasan teater Muzikal Lawak Bangsawan Mimpi Tuanku pada 28 Jun depan di Melaka.

Kata Saiful, perkara itu dikongsi sendiri oleh isterinya, malah pementasan itu diterbitkan oleh syarikat miliknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: