"Alhamdulillah, cuaca di sana hari ini sangat baik dan sejuk. Disebabkan faktor itu juga mereka (Amar Baharin dan Qobin) dapat berkayuh hingga sampai ke Madinah.
"Kesihatan Amar dan Qobin juga baik di sana. Sebab ada waktu kalau sudah terlalu letih, mereka akan berhenti rehat kira-kira dua hari di sana. Jadi kayuhan dan berehat itu seimbang. Cuma lenguh-lenguh badan itu biasalah dan kulit sahaja yang terbak@r t£ruk."
Itulah tutur pelakon dan pengacara, Amyra Rosli yang memaklumkan, suaminya iaitu pelakon Amar Baharin dan Qobin teruja apabila kayuhan mereka akhirnya sampai ke Madinah dengan selamat.
Kembara berbasikal Amar dan Qobin atau nama sebenarnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ke Tanah Suci kini sudah sampai ke Madinah, hari ini.
Difahamkan, Amar dan Qobin tiba di Masjid Nabawi Madinah, jam 10.45 pagi (waktu tempatan Arab Saudi) dalam misi 'Journey To Tanah Har@m' mereka selepas berkayuh dari pekan Henakiyah hingga Madinah sejauh 115 kilometer.
Dalam pada itu, kongsi Amyra lagi mengenai kembara berbasikal itu, suaminya sudah memaklumkan kepadanya ia akan ditamatkan sampai ke Madinah sahaja.
"Amar beritahu dia tak berasa ral@t pun tak dapat masuk ke Makkah sebab dia faham situasi musim haji sekarang. Malah, Amar beritahu dia bersyukur apabila pengembaraan 'Journey To Tanah Har@m' ini akhirnya hampir tamat dengan jayanya.
"Kami baru selesai buat panggilan video pada jam 3 petang tadi (waktu Malaysia) dan saya nampak muka Amar macam sangat 'excited' (teruja) kerana kayuhan itu akan sampai Madinah," katanya yang turut berkongsi mengenai anak-anak, dimana kata Amyra, Amar juga menghubungi mereka setiap hari.
"Amar akan buat panggilan video dan menghantar mesej pada kami setiap hari. Kadang-kadang waktu Amar tengah berkayuh atas basikal pun kami buat panggilan video sebab Amar nak tunjuk permandangan dia ketika berkayuh.
"Anak-anak juga akan buat video menyanyi, menari dan bercerita untuk Amar dan dia pun hantar video sama juga. Jadi anak-anak tak terasa sangat berjauhan dengan Amar kerana kami kerap berhubung," katanya.
Terdahulu, Amar dan Qobin yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, memulakan kayuhan dari Perlis dengan merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran, sebelum tiba di Arab Saudi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment