30 May 2025

AL-FATIHAH - PELAKON SITKOM 'SANTAN BERLADA', KHAIRUL AZHAR KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 10.37 malam tadi, pelakon sitkom popular 'Santan Berlada' era 80-an iaitu Khairul Azhar, 70, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Difahamkan, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh pembantu peribadinya, sebelum pasukan perubatan dihubungi dan kemudian mengesahkan Khairul sudah meninggal dunia.

Selain berlakon dan mengacara, Khairul juga pernah muncul dengan trio 'Santan Berlada' bersama Allahyarham Ali Mamak dan Accapan serta pernah menghasilkan satu album.

Pemergian Khairul turut menyaksikan ketiga-tiga anggota trio 'Santan Berlada' sudah meninggal dunia.

Jenazah Khairul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat, hari ini.

Pemergian Allahyarham juga dikongsi penyanyi era 90-an, Anna Zanariah di Facebook.

"Tahun 1997 zaman bergelar artis, aku dah kenal arwah. Kali pertama jumpa di RTM untuk program HMI. Aku segmen nyanyi, arwah segmen komedi.

"Tiba-tiba boleh pula jumpa di organisasi yang sama. Terus bekerjasama sejak tahun 2000/2001 hingga arwah bersara wajib.

"Dah bersara pun, sambung lagi k0ntrak beberapa tahun sebab 'big boss' suka. Terlalu banyak kenangan bersama.

"Arwah selalu jadi tempat rujukan kalau aku dapat 'job emcee'. Selamat pulang abang Khairul Azhar 'Santan Berlada', dah takde dah mentor saya.

"Pergi di malam Jumaat yang mulia. Didoakan syurga buat abang Khairul Azhar. Insya-Allah, aamiin ya rabbal aalamin. 1 April 1955 - 29 Mei 2025. Al Fatihah," tulisnya.

Untuk info, Allahyarham juga ialah pemain dram untuk kombo Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Selain sitkom 'Santan Berlada', Khairul banyak muncul dalam drama serta telefilem dan pernah berlakon dalam filem 'Mat Som' bersama Imuda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: