Umum sedia maklum mengenai pelakon Sharifah Sakinah, dimana pada April lalu, dia mengesahkan sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat.
Sakinah bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suami barunya yang sudah dikenali empat tahun lalu dan menunggu masa sesuai untuk kongsikan berita baik itu.
Terkini, menerusi perkongsian di media sosial milik Cyril Kongo, individu itu memuat naik gambar Sakinah dengan ucapan mesra "Happy Birthday Sayang".
Pada 28 Mei lalu, Sakinah atau nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, telah menyambut ulang tahunnya yang ke-36
Perkongsian itu menjadi tular, sekaligus ia seolah menjawab identiti suami baru Sakinah dan hasil tinjauan, Cyril merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment